Isnin, 30 April 2012

Bersih 3.0 Polis VS Peserta Bersih

Lihat ini
http://www.youtube.com/watch?v=YuofaEejSos

Kemudian lihat ini pula
http://www.youtube.com/watch?v=9xPDKuTZueo&feature=relmfu

Tolong nilaikan siapa yang bersalah..... dan Kaji dahulu video tersebut dengan terliti dan gerak perlahan
dan ini pendapat saya, Selagi bernama Manusia dimuka bumi, Sifat Manusia akan hilang pertimbangan diri, Ustaz pun boleh kalah dengan Nafsu.. apa lagi manusia biasa apabila nilai-nilai sifat kemanusian akan hilang.. tahap kesabaran manusia ada batasnya bagi saya sama ada pihak polis (individu) atau peserta bersih (individu) kedua-kedua bersalah atas individu bukannya Bersih 3.0 mahu pun Pihak Berkuasa.

Apabila seorang islam membuat taik, habis nama Islam di labelkan sebagai Pengganas bukannya pada individu. Sama jugak macam kes Bersih 3.0. sepatutnya disalahkan Individu..

P/S
Saya yang berada di atas pagar.. :) tidak ke kiri atau kanan. Sekiranya tidak puashati ada saluran yang betul.. kasi pangkah sudah.. ada negeri dimenangi oleh pembangkang dan ada negeri dimenangi oleh pro. bagi saya cukup adil walaupun ada setengah ke kiri atau kanan tidak betul...

http://www.youtube.com/watch?v=wPxYKjb9WLA

Ahad, 15 April 2012

13 Alasan Tidak Mahu Menutup Aurat Bagi Wanita Islam

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

(Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita..)

Hanya sekadar renungan.... ( source MATBAGERO cari Forum)

Jumaat, 13 April 2012

Cara Pemakaian Tudung Yang Sempurna

Beberapa kesalahan cara pemakaian tudung , sila tag & share kepada kawan2 kita yang da tutup aurat tapi masih tidak sempurna..Tanggungjawap kita tu...org beriman mengasihani saudaranya spt ia mengasihi dirinya sendri..

boleh tengok video Ustaz Don Danial di : YouTube

http://www.youtube.com/watch?v=2vrxzIOWYbU&feature=player_embedded


Anda Juga boleh mendownload Video tersebut di

http://db.tt/MqyxFLOG

Selasa, 10 April 2012

Rakyat dan Pemimpin

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

Isnin, 9 April 2012

Suami, isteri dan laman sosial

Nota peringatan bagi ku sebagai seorang Suami.....

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
2. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadith no. 5783.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz 5.

Sumber Website dari: Syahirul.com

Simpan Emas VS Duit untuk membeli Rumah

http://www.youtube.com/watch?gl=US&v=RvL_Dm2d99A

Turkey Once Again Proves That Gold Is First And Foremost Money

The Turkish central bank has doubled the amount of gold that lenders can hold in reserves (as opposed to paper money - Lira) as part of their reserve requirement changes. As the WSJ reports, this shift from 10% to 20% means that Turkish banks can use their shiny yellow metal as fungible money reserves against foreign currency deposits. This move follows closely on the heels of our comments on last week's 'gold transfer' efforts in Turkey to unleash some of the country's vast personal holdings of Gold. This effort to draw down on the nation's individual gold reserves - the traditional form of savings in Turkey - is part of Ankara's efforts to reduce a finance gap that is currently around 10% of GDP but more importantly it should serve as a lesson reality-check for Bernanke that gold is money and in the words of a 70-year-old housewife "In an emergency, I can convert [gold] to cash and I don't have to wait for the bank to say the asset has matured." It would seem a better store of value than the Lira over the past decade or two and we suspect incentives will have to rise considerably to 'help' the people part with their savings-gold.

It would seem the rise in the value of Gold (in Turkish Lira) has been a 'good' store of value for the Turkish people over the past two decades...

Sumber Rujukkan dari http://www.zerohedge.com/news/turkey-once-again-proves-gold-first-and-foremost-money

Sekiranya anda buat kajian bila Duit USD jatuh maka Nilai Emas akan Naik dan Emas tidak pernah jatuh nilainya, dan nilai Kenaikkan emas Purata setahun aku ambil 20% (paling minimum)

Contoh saya ambil bermula pada tahun 1983 hingga 2012


gold price charts provided by goldprice.org

Bukan apa, rasa rugi sekiranya membeli rumah dengan hutang andai kata beli rumah 100 ribu untuk 30 tahun dan aku buat pengiraan sendiri pada link http://pinjaman.treasury.gov.my/bbalik_ettak2.php?fnilai=100000&Dumur=30&fjumlah=100000&Dtempoh=30&like=3&siap=1
ANGGARAN BAYARAN BALIK BULANAN
MELALUI SKIM ETIQA TAKAFUL
Umur : 30 Tahun
Nilai Penuh Hartanah : RM 100,000.00
Jumlah Pinjaman : RM 100,000.00
Tempoh Pinjaman : 30 Tahun
Tujuan Pinjaman Bagi Membeli : Rumah Kediaman Bertanah (Kekal)
Peringkat Pembinaan : Siap Sepenuhnya/Membeli Tanah
Skim Perlindungan : Etiqa Takaful
Jumlah Pinjaman Diluluskan : RM 104,290.00
Insuran Api : RM 522.00
Insuran Nyawa : RM 3,768.00
Bayaran Balik : RM 497.90
RM 497.90 X 12bln X 30 tahun = RM 179244

Sekiranya aku menyimpan duit di bank tak kirala dimana-mana nilai duit akan jatuh + tanah dan nilai rumah melambung -lambung , sekiranya dengan emas ia kalis inflasi. kalo dulu beli emas 1 KG baru USD 10K sekarang pada tahun 2012 -+ USD50K anggaran sahaja dan merujuk pada cart di atas (kenaikkan emas 500%) hohohoh banyak nya kalo simpan dekat ASB 30 tahun, USD 10K X anggaran setahun ASB 8% X 30 tahun = USD 34K

Saya akan kumpul duit Tabung Haji kemudian cukup nilai setahun terus Sambar Emas kemudian di pajakkan. Duit Pajakkan tersebut di simpan kembali pada Tabung Haji. Habis bayar Pajak dah ada Emas + Simpanan Duit , Kemudian beli lagteknik ini akan berulang selama 30 tahun insyallah

Al-hamdulilah beli kereta 15K dengan Cash dari Pajakkan Emas dengan menggunakkan teknik diatas walaupun secondhand, kereta itu keperluan bukan kehendak

Islam mengajar kita Hidup kesederhanaan bukan Kemewahan

Pilihan ditangan masing-masing. hendak seribu daya tak nak seribu dalih...... ;p

P/S - Sekiranya ada Teknik lain kongsikan dan ASB tuh haram huhuhuh

Khamis, 5 April 2012

Minyak Hitam HPA

http://www.youtube.com/watch?gl=US&feature=player_embedded&v=qC9aFfaEvSY

HPA Lube adalah produk minyak pelincir kenderaan berprestasi tinggi dengan kualiti antarabangsa kini sudah dipasarkan di cawangan HPA. Tingkatkan prestasi enjin kenderaan anda dengan HPALUBE. Guna dan nikmatilah kehebatan minyak pelincir enjin HPA yang tersendiri, mengatasi kemampuan jenama lain di pasaran dengan Formula MAS adunan 3 dalam 1 (Metal Treatment / Additive / Synthetic).

Keterangan Produk HPA Lube:

1. Dikilangkan di kilang bertaraf ISO 9001, no. sijil 601224.
2. Diklasifikasikan sebagai minyak pelincir terbaik dengan kualiti bertaraf antarabangsa.
3. Kandungan diimport 100% dengan formula dan teknologi dari negara Jerman.
4. Pengiktirafan United Kingdom Accreditation dan memenuhi spesifikasi ACEAA3/B3, VW500CCMC, G5/PD2/D4, API SM/CI-4 EC & SAE 10W/40 SM/CI-4, 20W/50 SM/CI14 /
5. Disahkan dan diakui oleh Exel Trad, San Diego.

Antara kelebihan lain produk HPA Lube:

  • Kekuatan enjin bertambah

  • Memanjangkan tempoh hayat enjin

  • Kuasa pecutan (pick-up)

  • Menyejukkan enjin

  • Mengelakkan geseran logam dalam enjin

  • Mengurangkan bunyi enjin

  • Memanjangkan hayat servis penukaran minyak sehingga 15,000 km (untuk Synthetic Mas).

  • Produk ini diinsuranskan RM1,000,000,00


Sumber: http://pjszon-timur.blogspot.com

1. HPA LUBE HPA SYNTHETIC MAS 10W/50SM-CI-4

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 150.00
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 125.00
Sabah & Sarawak: RM

Nilai Mata: 15

2. HPA LUBE ADVANCE GRED TERBARU  20W/50SM/CI-4

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 70
Sabah & Sarawak: RM -

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 62
Sabah & Sarawak: RM -

Nilai Mata: 8

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!