Ahad, 1 Julai 2012

Jemputan Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012)

Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 MOSC.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersama email ini dipanjangkan surat cadangan penyertaan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 (MOSC2012) http://www.mosc.my/ untuk tindakan pihak Tuan / Puan, yang boleh dimuat turun di laman ini :-

https://docs.google.com/folder/d/0B0IDp-SU6_J7UFRWUTZkMEd3eUk/edit

Malaysia Open Source Developer’s Community (OSDC.my) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan bangganya akan menganjurkan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2012 atau Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012) buat tahun yang ke-4, yang akan diadakan dari 8 hingga 10 Julai 2012 di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tema persidangan untuk MOSC2012 adalah "Enterprising Open Source". Tema ini adalah kesinambungan dari tema terdahulu iaitu “Open To Change”, “Making The Change” dan “Innovating The Change”. Tema tahun ini membolehkan peserta untuk berkongsi dan meneroka penyelesaian dan teknologi Sumber Terbuka yang digunakan dalam persekitaran berskala sederhana dan besar. MOSC2012 akan menjadi platfrom perkongsian pengetahuan yang mengandungi dua haluan perbincangan yang akan mewakili semua pihak yang terlibat dalam dunia Sumber Terbuka; iaitu pembangun perisian termasuk komuniti Sumber Terbuka, dan juga sektor perniagaan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan dan sektor perindustrian dan perniagaan. Ini adalah peluang yang amat baik untuk kami memperkenalkan keupayaan teknologi Sumber Terbuka kepada organisasi yang berkenaan.

Kami menjemput tuan/puan untuk menyertai lebih 500 pembangun perisian, perunding, pakar, dan pengguna perisian Sumber Terbuka yang akan membincangkan dalam lebih 30 sesi tentang topik-topik terkini Sumber Terbuka seperti Cloud Computing, Big Data, Big Storage, Software as a Service (SaaS), Infrastructure as a Service (IaaS), Platform as a Service (PaaS), Android and Mobile Computing, Sekuriti komputer, Java, Linux, PHP, Joomla dan sebagainya. Oleh itu, kami amat berharap tuan/puan dapat menyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman dengan peserta dan pembentang berkenaan pembangunan Sumber Terbuka, sekaligus memberikan sokongan tuan/puan kepada komuniti dan pembangun perisian.

Kehadiran dan penyertaan tuan/puan didalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk tuan/puan berinteraksi dengan komuniti dan pembangun perisian terbaik di rantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman web http://www.mosc.my. Yuran penyertaan hanyalah RM599.00. Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi Puan Khairunnajah Abd Kadir di alamat emel [email protected] atau melalui telefon di nombor +6012 631 8980.

Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel
Secretariat, OSDC Malaysia
[email protected]

Sila lawat Facebook MOSC2012

https://www.facebook.com/mosc2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan