Rabu, 28 November 2012

Rasulullah saw dan Syafaat utk UMAT nya

Video Rasulullah saw dan Syafaat utk UMAT nya The Life of Prophet Muhammad-BBC-Full Hd
http://www.youtube.com/watch?v=I2nhuh167wY&feature=autoplay&list=PLn7ykucPFKHgHO6GLNxVCYj4qtXHM7FQQ&playnext=1

Rabu, 14 November 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah



Doa Akhir Tahun:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Khamis, 8 November 2012

Reaksi Kita Dalam Menerima Teguran dan Kritikan.

1. Bertenang.

Tarik nafas, bertenang seketika (walaupun hati agak panas dan pedih), cuba bersangka baik, elakkan prasangka negatif (contohnya: A menegur B, B menganggap bahawa A menegurnya kerana A cemburu atau benci, padahal A mungkin saja ikhlas menegur B kerana dia sayang dan prihatin terhadap B). Ketenangan merupakan saat yang sangat sesuai untuk berfikir dengan waras. Justeru, anda adil dalam membuat pertimbangan serta tindakan dan anda boleh menerima teguran/kritikan dengan hati yang terbuka.

2. Bermuhasabah.

Silakan bersedih untuk beberapa saat/minit, kerana setiap manusia mempunyai perasaan dan berhak untuk bersedih. Tapi jangan lama-lama. Bersedih dan menangis takkan dapat mengubah apa-apa, pengecualian kepada orang perempuan, menangis boleh meredakan perasaan. Walaubagaimanapun terlalu melayan perasaan juga adalah satu kegiatan yang kurang sihat untuk kaum Hawa kerana ia yang agak membuang masa dan tenaga fikiran.
Lebih baik kita ambil beberapa saat hingga beberapa hari untuk bermuhasabah mengkaji kelemahan diri dan membuat perancangan bagaimana kita mahu mengubahnya, berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik sementara usia kita masih muda, bila usia dah menjelang senja, dapat kita perhatikan bahawa manusia seringkali menolak untuk berubah atau menerima perubahan, itulah kelaziman manusia, lebih-lebih lagi bila diri tidak pernah bersedia untuk berubah.
Itulah gunanya kritikan dan teguran, tujuannya supaya kita sentiasa memajukandiri, bukan menyatakan kelemahan diri.

3. Sabar dan Tidak Marah.

Andai anda dikritik/ditegur, janganlah terus melenting atau marah. Perasaan marah akan memburukkan lagi keadaan kerana boleh jadi, anda akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir terlebih dahulu, hal itu menampakkan lagi sifat yang kurang bijak dan kurang matang nya seseorang itu. Lebih baik anda diam seketika atau berundur seketika untuk mencari ketenangan. Ingat bahawa setiap daripada kita lemah dan pasti ada salah diri kita di mana-mana yang tidak kita sedari. Marah juga satu emosi yang kurang sihat. Sejukkan hati anda dengan mendekatkan diri dengan Allah Subhanawata'ala, berdoa, sabar dan solat (seperti entry sebelum ini).
Ingat, kawal MARAH anda!

4. Tidak putus asa

Jangan sesekali cuba berputus asa, walaupun usaha serta penat lelah kita terasa tidak dihargai. Sebenarnya kita telah berhasil, sebab itulah kita mendapat kritikan. Sekiranya tidak ada orang yang mengkritik, maka wujud dua kemungkinan. Pertama, mungkin kita sudah benar-benar bagus atau yang Kedua, mungkin saja orang tidak mempedulikan kita.
Sentiasa tanamkan dalam fikiran kita bahawa kita MAMPU berubah ke arah yang lebih baik. Jadikan kisah pelacur yang akhirnya mendapat tempat di syurga kerana memberi minum kepada anjing itu sebagai satu kisah motivasi untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Jangan hanya pasrah menganggap "memang aku sudah ditakdirkan begini dan punya kekurangan begini, tegur macammanapun aku takkan berubah, aku tak dapat nak buat apa-apa".
Maka, jadikan KRITIKAN SEBAGAI ALAT UNTUK MENGASAH GERGAJI ANDA, bukan menumpulkannya.

5. Bertemu dengan Orang yang Menegur.

Pertemuan dapat merapatkan hubungan. Apabila kita melihat wajah saudara kita, atau mendengar suaranya, sekaligus kita akan dapat memadamkan segala buruk sangka yang bermain di kepala, kita akan lebih mengenalnya dengan lebih dekat. Apatah lagi apabila kita berbual mesra tentang satu topik yang diminati dan bersentuhan dengannya. Janganlah kita menjauh atau merajuk apabila kita ditegur/dikritik, ia takkan menyelesaikan masalah. Bersua muka, bincangkan secara baik apa yang kita kurang setuju dengannya dan apa yang kita setujui, saling bertukar pandangan dan sentiasa terbuka.

6. Berterima kasih kepada yang Menegur

Ucapkan terima kasih kerana dia sudah menegur kita. Bukan semua orang mampu menegur orang lain, banyaknya di antara kita yang sedar sahabatnya melakukan kesalahan tetapi hanya membiarkan sahabatnya itu terus menerus melakukan salah yang sama. Hargailah orang yang telah menegur kita, itu bererti dia sangat memberi perhatian dan peduli tentang diri kita. Bahkan, dia sangat sayangkan kita.

Buat Yang Menegur..

Adalah lebih baik jika kita dapat menegur seseorang secara rahsia (personal) tanpa mengkritiknya di hadapan orang lain sehingga menjatuhkan aib nya. Tapi, adakalanya kritikan terbuka juga perlu bagi membina peribadi diri yang kuat. Tegur dengan lembut, berhikmah dan penuh kasih sayang, boleh juga bersikap tegas bila perlu, jadi amatlah penting bagi penegur mengobservasi terlebih dahulu personaliti orang yang akan ditegurnya. Jika si dia seorang yang degil dan susah menerima nasihat orang lain, maka sikap tegas itu PERLU ada pada waktu itu. Yang penting, janganlah kita cuba-cuba mencari atau mengintai kesalahan orang lain untuk ditegur.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri baik di alam maya mahupun di alam realiti.