Selasa, 7 Mei 2013

Coretan PRU13 - BN, PR, Perkauman Tsunami Cina

Saya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Saya juga tidak minta di lahirkan sebagai Melayu sebagaimana anda tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Cina, India, Kadazan, Iban & sebagainya. Yang paling penting, saya adalah Muslim & InshaAllah akan mati sebagai seorang Muslim.

Tulisan saya ini khas untuk semua & saya mulakan dengan penyokong PR. Saya menyokong manifesto dan dasar yang diperjuangkan PR dalam PRU lepas tetapi saya menerima BN sebagai pemerintah & kerajaan walaupun ada yang berkata terdapat penipuan tetapi saya mengutamakan kedaulatan negara dari dicemari. Pemimpin mencerminkan rakyat & anda yang tewas dalam PRU13 masih ada masa 5 tahun untuk 'berkempen' sebelum PRU 14.

Kedua ditujukan kepada BN, jangan berkata DAP mahupun Cina menolak Melayu dan Racist. Kenapa bila dulu MCA menang banyak tak dikatakan mereka racist dan adakah pernah MCA menyenaraikan calon Melayu untuk PRU dalam sejarah mereka? MCA juga ditolak ramai Cina sedangkan MCA adalah parti Cina? Dari 15 kerusi parlimen pada PRU 12, kini mereka hanya ada 7 kerusi. MCA juga ditolak oleh orang Cina, Melayu & India. Bila Gerakan dengan ramai ADUN & MP Cina sebelum PRU 12 kenapa pula tidak dikatakan racist dan ada agenda? Adakah kerana mereka parti gabungan BN maka anda berdiam diri? Cina tidak menolak Melayu kerana jikalau anda rajin mengkaji, kenapa Rafizi seorang Melayu boleh menang di Pandan yang banyak pengundi Cina? Ibrahim Ali & Zulkifili Noordin kalah di kawasan yang banyak pengundi Melayu. Orang Cina hanya kurang dari 20% dari penduduk Malaysia jadi kenapa Cina yang selalu dikambing hitamkan? Jangan salahkan Cina mahupun Melayu ataupun India jikalau sokongan berkurangan tetapi tanya diri kenapa rakyat Malaysia menolak gagasan 1 Malaysia anda. Yang jelas sebenarnya rakyat jelata baik Melayu, India, Cina, Jawa, Bangla mahupun Iban menolak politik perkauman yang menjadi senjata setiap PRU terdahulu. Rakyat makin matang berfikir dan menilai.

Usah meniupkan api perkauman baik dari PR mahupun BN. Usah juga kongsikan gambar atau dokumen yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya lalu dikatakan inilah agenda mereka. Sediakah kita menjawab di depan Allah jikalau ianya adalah palsu akibat teruja sangat untuk berkongsi info yang kita sendiri tidak pasti? Sedihnya ramai Muslim terjebak dalam isu sebegini dan mengapakah ini terjadi sedangkan isu perkauman adalah mainan jahiliyyah dan apakah kita masih terperangkap dengan bisikan syaitan?

Yang telah menang, tunaikan janji anda. Penyokong calon dan parti yang menang, ingatkan mereka akan janji yang ditabur. Yang kalah, fikirkan di mana silapnya dan teruskan berkhidmat dan bukannya muncul apabila tiba musim PRU. Wahai saudara seIslam, ingatlah bahawa Allah SWT memberikan kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan hidup ini adalah ujian bagi setiap manusia.

Dari kita bercakap mengenai perkauman dan bangsa, mari kita mengembeling tenaga mendakwahi mereka agar mereka menjadi saudara seakidah dengan kita walaupun berlainan bangsa. Allah SWT tidak akan bertanya apakah bangsa dan kaum kita tetapi InshaAllah kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan dengan Nur Islam yang Allah telah kurniakan kepada kita dan pastikan kita ada jawapan di akhirat kelak.

Yang buruk datang dari kelemahan saya sendiri dan yg baik dan sebaik baiknya adalah dari pemberian dan nikmat Allah..

Fahmi Salleh 2013

Hakcipta dari FB Fahmi Salleh

1 ulasan:

  1. Salam Ukhwah Melayu Boleh dan Boleh melakukan apa sahaja kerana Maruah jiwa Kemelayuan Sejati dalam Diri. Tetapi Mereka ada batasnya, tidak ikat nafsu. Bukankah dulu Kaum Melayu Boleh merentasi lautan, hutan rimba dan gunung ganang. Kaum Melayu Boleh bertindak sekarang. Hapuskan Istilah tidak sihat Melayu Boleh di internet. Bersatu teguh, bercerai roboh. Tunjukkan sokongan anda. Maklumat lanjut di Melayu Boleh. Takkan Melayu hilang di dunia

    BalasPadam