Rabu, 7 Jun 2017

Cuti ganti sempena Aidilfitri 23 Jun 2017

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersetuju memberi cuti ganti pada 23 Jun kepada sekolah di dalam kumpulan B sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun ini.

Negeri dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

MAHDZIR Khalid semasa sidang media selepas Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekolah di negeri berkenaan perlu mengganti cuti pada Sabtu, 17 Jun.

"Persetujuan dilakukan selepas mengadakan perbincangan dan melihat daripada pelbagai sudut.

"Negeri berkenaan boleh bercuti seperti yang diusulkan sebelum ini tetapi mesti ganti sesi persekolahan berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.

Kelmarin, BH melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata mengikut jadual asal dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun manakala negeri lain pada 24 Jun.

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/290664

Selasa, 6 Jun 2017

Bantuan Khas Kewangan Bonus Raya 2017

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

 2 Jun 2017

Ucapan Dalam Bentuk PDF > http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/2017/Siaran_Media_Bantuan_Khas_Kewangan_Aidilfitri2017.pdf