Rabu, 7 Jun 2017

Cuti ganti sempena Aidilfitri 23 Jun 2017

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersetuju memberi cuti ganti pada 23 Jun kepada sekolah di dalam kumpulan B sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun ini.

Negeri dalam kumpulan berkenaan ialah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

MAHDZIR Khalid semasa sidang media selepas Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekolah di negeri berkenaan perlu mengganti cuti pada Sabtu, 17 Jun.

"Persetujuan dilakukan selepas mengadakan perbincangan dan melihat daripada pelbagai sudut.

"Negeri berkenaan boleh bercuti seperti yang diusulkan sebelum ini tetapi mesti ganti sesi persekolahan berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.

Kelmarin, BH melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar. Presidennya, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata mengikut jadual asal dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun manakala negeri lain pada 24 Jun.

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/290664

Tiada ulasan:

Catat Ulasan