Imsha.Net Ruang Hati Ku

26Oct/090

Lucky Laki – Superman

22Oct/090

Iklan Rempit

Filed under: Uncategorized No Comments
19Oct/090

Buangkan DNS Cache

Sesetangah Internet browser bermasalah kerana tidak menjumpai website atau website tersebut masih baru, ini kerana DNS cache tidak menyimpan atau menyimpan DNS lama di pc anda. Sebagai contohnya http://www.imsha.net dahulunya di IP 202.10.10.XX dan apabila website tersebut dipindahkan ke Hosting (server) baru dan IP baru, permasalahan ini selalu berlaku. cara menyelesaian dengan cepat dan mudah tanpa perlu restart PC

Step 1 :-
Start ---> Run.. (boleh juga menggunakan WINDOWS KEY + R)
dan taipkan " ipconfig /flushdns"

Tagged as: , , No Comments
14Oct/090

Bagaimana untuk membuka *.docx [office 2007] fail

Microsoft memperkenalkan .docx pada Office word 2007 baru.Masalah dengan perubahan daripada *.doc kepada *. docx adalah kebanyakkan pengguna (end user) masih menggunakan office versi-versi sebelumnya Word atau tidak menggunakan produk Microsoft langsung untuk menghadapi masalah tersebut anda boleh dapatkan

Versi lama Microsoft Office atau Microsoft Word : dapatkan Microsoft Compatibility Pack (FileFormatConverters.exe)

Open Office :- Open XML Translator

Online Solution
Ia sangat mudah hanya uploadkan file *.docx anda dan masukkan e-mail dengan menggunakkan docx-converter

14Oct/090

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

1Sep/090

Nur Khalisah Aqilah


Filed under: Kisah Imsha No Comments
26Aug/090

4 RAMADHAN 1430 H a.k.a 25 OGOS 2009

Alhamdulillah..dgn rahmat Allah SWT,4 RAMADHAN 1430 H pkl 9.31MLM aku telah menjadi bapa......

dan tidak lupe jgk thnkz to cikgu azam kerana mmbuat entry utk saya


thnkz cikgu http://az1961.fotopages.com/

Filed under: Kisah Imsha No Comments
4Jun/090

Setkan Static IP Ubuntu

Benda ni terjadi kepada aku apabila line schoolnet (GiTN) yang telah setkan statik IP, nak tak nak kena la setkan static IP kat Ubuntu PC aku ni.Tips yang paling mudah untuk nak edit.. Bukak Terminal taipkan

sudo nano /etc/network/interfaces

Kad utama ialah eth0,

auto eth0
iface eth0 inet dhcp

Dan aku perlu ubahkan DCHP ke Statik IP dan contoh untuk ubahnya :

auto eth0
iface eth0 inet static
address 192.168.1.100
netmask 255.255.255.0
network 192.168.1.0
broadcast 192.168.1.255
gateway 192.168.1.1

Lepas tuh Restart pakai command nih:

sudo /etc/init.d/networking restart

Okeh siap pun...

Filed under: Ubuntu No Comments
31May/090

Ungu – Andai Ku Tahu

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
tuhan tolong panjangkan umurku

Andai Ku tahu
kapan tiba massaku
ku akan memohon
tuhan jangan kau ambil nyawaku

(Chorus)

aku takut
akan semua dosa2 ku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

mungkin tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

ampuni aku
dari segala dosa2 ku
ampuni aku
menagis minta tobat PadaMu

aku manusia
yg takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga

Andai Ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata tobat PadaMu

Filed under: Lagu No Comments
29Mar/090

The Linux Foundation Video Site:: We’re Ubuntu

Email rakan di ubuntu-my
Linux Foundation baru-baru ini telah membuat satu pertandingan dalam membuat iklan untuk Linux. Oleh itu, mereka yang nak bertanding kenalah memuat naik video rekaan sendiri ke Youtube Linux Foundation dan akan diundi oleh pengunjung. Undian & rating yang tertinggi, iklannya yang menang akan ditayangkan pada konvensyen Linux Foundation yang seterusnya.
Harap warga Linux & Ubuntu-my dapat masuk ke link web di bawah dan meletakkan rating 5 bintang! Dan tolong segera tulis entri mengenai ini dalam web/blog supaya komuniti lain turut membantu meletakkan rating tinggi! Jika kami menang, ketahuilah, seluruh Malaysia menang!

Rakan-rakan silalah undi. Tarikh tutup adalah pada 16 Mar 2009.

http://www.youtube.com/watch?v=k3F16OyyGGU

Filed under: Ubuntu No Comments