Imsha.Net Ruang Hati Ku

14Oct/090

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin

Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumahtangga cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan kemanisan hidup bersama.

Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya.

Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik

Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu. Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik.

Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.

Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda daripada terlalu obses.

21Feb/090

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.

Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.

Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.

Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

Filed under: Cinta No Comments
10Dec/080

Rahsia Memelihara Rumahtangga

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:”Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” ? (Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” ? (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” ? (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya. Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku? Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?” Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka
baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.” Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya.

Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” ? (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi). Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” ? (Riwayat Muslim dan Nawawi). Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak
daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi. Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” ?
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.” Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).

Filed under: Cinta No Comments
19Oct/080

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh
Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin
sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada
ahli syurga

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan
suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan
serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya
suaminya masuk syurga

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia
sekiranya suaminya masuk syurga

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang
terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin.
Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan
suaminya yang terakhir.

Artikel Cinta ini dipetik dari Copy and Paste.

Filed under: Cinta No Comments
10Aug/080

KaSiH TeRcIpTa…

Di ruang rindu yang tercipta
Di situ ada hati teruja
ada hati tak pernah berkata
ruang himpun seribu makna
erti kesayuan sebuah 'cinta'
kasih tercipta.............

Filed under: Cinta No Comments
9Aug/080

Hakikat Cinta

Rindu.........
Bila menjelma diantara ruang-ruang yang kosong
Dan Ruang-ruang yang sempit
Datang tanpa dijemput sang pencinta
Biar kau pilih jalan yang berbeza semalam
Agar tidak bersua lagi
Namun rindu tetap datang.....
Adakah rindu satu nikmat atau pedih

Filed under: Cinta No Comments