Buangkan DNS Cache
Sesetangah Internet browser bermasalah kerana tidak menjumpai website atau website tersebut masih baru, ini kerana DNS cache tidak menyimpan atau menyimpan DNS lama di pc anda. Sebagai contohnya http://www.imsha.net dahulunya di IP 202.10.10.XX dan apabila website tersebut dipindahkan ke Hosting (server) baru dan IP baru, permasalahan ini selalu berlaku. cara menyelesaian dengan cepat dan mudah tanpa perlu restart PC
Step 1 :-
Start ---> Run.. (boleh juga menggunakan WINDOWS KEY + R)
dan taipkan " ipconfig /flushdns"
Setkan Static IP Ubuntu
Benda ni terjadi kepada aku apabila line schoolnet (GiTN) yang telah setkan statik IP, nak tak nak kena la setkan static IP kat Ubuntu PC aku ni.Tips yang paling mudah untuk nak edit.. Bukak Terminal taipkan
sudo nano /etc/network/interfaces
Kad utama ialah eth0,
auto eth0
iface eth0 inet dhcp
Dan aku perlu ubahkan DCHP ke Statik IP dan contoh untuk ubahnya :
auto eth0
iface eth0 inet static
address 192.168.1.100
netmask 255.255.255.0
network 192.168.1.0
broadcast 192.168.1.255
gateway 192.168.1.1
Lepas tuh Restart pakai command nih:
sudo /etc/init.d/networking restart
Okeh siap pun...
The Linux Foundation Video Site:: We’re Ubuntu
Rakan-rakan silalah undi. Tarikh tutup adalah pada 16 Mar 2009.
Install Filezilla di Ubuntu
Cara menginstall Filezilla di ubuntu
Step 1 - Applications ---> Accessories ----> Terminal
Step 2 - Taipkan di terminal sudo aptitude install filezilla
masukkan password anda

Tunggu Sampai siap
Step 3 - Application --> Internet --> Filezilla FTP Client
So dah siap..
Apa itu Linux
LINUX adalah satu Operating System (Sistem Operasi) berasaskan UNIX yg dicipta untuk PC khususnya menggunakan processor INTEL, SPARC, Alpha dan boleh digunakan untuk server atau workstation. Dari satu CD installer (Redhat version 6.2 dan sebelumnya kerana mulai version 7.0 dah menggunakan 2 CD) kita boleh setup workstation atau server apa saja, mail, web, print, file, DNS, firewall dan macam2 lagi!
Sejarah LINUX
Segalanya bermula pada Ogos 1991, seorang pelajar dari Finland mengepos (email la!) pada comp.os.minix newsgroup yg berbunyi:
Hello everybody out there using minix -
I'm doing a (free)operating system (just a hobby,
won't be big and professional like GNU)
for 386 (486) AT clones.
Dialah Linus Torvalds, dan dari hobinya tu la akhirnya jadi apa yg hari ni kita kenal sebagai LINUX. Ianya menggunakan standard POSIX dan dibangunkan bukan sahaja oleh Linus Torvalds, tetapi oleh beratus-ratus programmer seluruh dunia. Segala-galanyanya menjadi semakin besar dan menarik minat ramai programmer dari seluruh dunia.
LINUX juga adalah percuma! Percuma macam mana tu? Tak nak beli yg original pun boleh, download je ISO dari site LINUX (tapi takde support dari distribution) dan boleh pakai. Takde salah pun! LINUX juga datang dengan full source code. Jadi anda boleh membina LINUX anda sendiri dari source code tersebut dan men"distribute"kannya kembali (dengan syarat anda juga mesti membekalkan source code anda). Juga LINUX berasaskan packages.. senang menginstall dan uninstall serta upgrade.. bole juga guna dalam bentuk lain2 source (..tar.gz etc.
Jenis2 Distribution LINUX
RedHat LINUX
Debian LINUX
Slackware LINUX
Mandrake LINUX
Caldera OpenLinux
SuSE Linux
Corel LINUX
dan banyak lagi... seperti Stampede, VA Linux, Black Cat, RedFlag.. cuma yg diatas ni dikira "orang2 lama" kecuali Corel.. lagi satu.. kebanyakan diatas dibina berasaskan UNIX SystemV kecuali Slackware yg berasaskan BSD UNIX (tetapi kernel dia tetap linux.jgn salah paham).
Linux dalam satu disket
MuLINUX
ShareTheNet
FreeSCO
Gater
Sebenarnya, kesemua LINUX diatas ni hampir sama.. yg membezakannya cuma packages.. jadi untuk mengetahui version mana yg terbaru, cuma perhatikan kernel version contohnya 2.0.36 untuk RedHat 5.2 , 2.2.14 untuk Redhat 6.2 hinggalah yg terbaru (stable release masa site ni ditulis) 2.4.2 untuk RedHat 7.1.
LINUX dan UNIX
Pernah dengar nama UNIX? mungkin pernah.. mungkin tak.. kalau pernah dengar pun.. tapi dimana ya?.. Sebenarnya UNIX sudah lama bertapak dalam dunia pengkomputeran dunia (antara yg terawal sekitar 60'an), cuma wujudnya adalah didalam sistem Supercomputer atau Mainframe menyebabkan tak ramai yg tahu dan mampu untuk menggunakannya. Harganya?... teramat2 mahal! Puluh atau ratus2 ribu beb! Itupun sebeso almari! Secara asasnya UNIX dicipta oleh Dennis Ritchie dan Ken Thompson dari AT&T (Bell Labs).. dari situ timbullah berbagai versi UNIX ( BSD, SystemIII, SystemV ).. UNIX sememangnya sudah terkenal sebagai tulang belakang sistem server terutamanya untuk internet. Masalah kos yg menyebabkan cuma beberapa syarikat besar saja mampu untuk membeli sistem UNIX. beberapa jenis UNIX dipasaran:
SunOS/Solaris (SunMicrosystem)
HP-UX (Hewlett-Packard)
IRIX (Silicon Graphics)
AIX (IBM)
ULTRIX (Digital Equipment Corporation)
UNIX mmg terkenal dengan multitasking, mampu untuk menjalankan beratus2 malah beribu proses serentak tanpa menjejaskan prestasinya. LINUX merupakan klon UNIX. Cuma membezakannya adalah platform dan hardware dimana LINUX berjalan (berlari sebenonye!)diatas PC biasa dan UNIX diatas komputer mainframe, contohnya SunOS/Solaris yg dijalankan diatas server Sun menggunakan processor SPARC (dari Sun sendiri). Jadi simplenya, LINUX mempunyai segala kebagusan UNIX tetapi mampu untuk di"lari"kan diatas PC biasa. Menakjubkan kan?
Lain-lain Open Source Operating System
Sebenarnya, OpenSource Operating System ni bukan LINUX sahaja .. ada beberapa lagi yang muncul selepas LINUX "meledak" dimata dunia. Kebanyakannya sudah lama ada.. cuma mendiamkan diri/low-profile.. tapi sejak LINUX begitu diberi perhatian meluas.. maka ini mendorong mereka untuk "menjenguk ke permukaan". Apa2 pun ini adalah persaingan sihat dan positif.. semuanya keluarga UNIX.
FreeBSD
OpenBSD
NetBSD
Bezanya cuma sedikit.. menggunakan sistem BSD sedangkan kebanyakan LINUX menggunakan SystemV (hanya Slackware yg menggunakan BSD-style dan hampir menyerupai FreeBSD. Inipun kerana Patrick Volkerding tu sendiri org FreeBSD!!). Kesemuanya diasaskan dari source code 4.4BSD-Lite (BSD adalah versi UNIX yg pertama/terawal muncul sebelum SystemIII diikuti SystemV yg membentuk UNIX/LINUX sekarang) dan sekarang pengaruh mereka juga semakin berkembang. Untuk pengetahuan anda, server
Yahoo! , Hotmail dan banyak lagi menggunakan sistem BSD. Walaupun Hotmail itu sendiri hakmilik Microsoft Corp., kenapa tak pakai WinNT atau Win2K? Kerana UNIX/LINUX is the best solutions! Laju, selamat dan lain2 lagi! (Ini yg cuba dirahsiakan oleh Microsoft) Syabas untuk OpenSource!
Perbezaan LINUX dan WinNT
Perbezaan? Satu persoalan yg bagus! Kebanyakan pihak (terutama dari Microsoft) mendakwa sistem server NT adalah bagus dan multiuser/ multitasking tapi sebenarnya fakta ini amat bercanggah sama sekali. Sebenarnya dalam NT, memang ada pelbagai user dan anda boleh mengakses ke sistem server tersebut. Apa yg dapat anda lakukan apabila mengakses ke sistem server tersebut? Cuma share file dan print sahaja.. bagaimana dengan software / install dan lain2? payah nak cakap
cuma yg boleh diberitahu dengan LINUX, jika anda add account shell, anda boleh install, copy,delete, uninstall , execute dan lain2 pada software anda dan cuma anda sahaja yg berhak keatasnya! ( kecuali root sebagai system admin yg berhak 100% pada sistem ). Kalau nak diceritakan terlalu banyak sebenarnya.. mampukah sebuah mesin dengan processor 486 dengan 8MB RAM menjalankan tugas server web dengan WinNT? Tapi dengan LINUX ianya boleh!
Info yg cukup bagus untuk saya.. so saya amik info ini untuk berkongsi ilmu kepada kawan yang lain dan bertujuan untuk mencuba OS Linux..
Kredit to http://info-ict.blogspot.com
413 Request Entity Too Large
Saya agak lama tidak mengpost aritekl berkenan linux ni....eheeh
Masalah saya terjadi apabila mengupload template joomla di ubuntu server edition kat dedicated server ( server rumah je.. tak mampu lagi beli dedicated server nih hehehe
)
Melalui pencarian saya di pakcik dan makcik google ni, dan pelbagai cara diagunakan untuk selesaikan masalah yang agak rumit bagi saya.
Akhirnya dapat jugak selesaikan masalah saya ni, Baru perasan rupa-rupa masalah ini akan berlaku apabila saya install modsecurity2 ni di server. kalo pakai wordpress ok la pulak
tak ader masalah muncul. huhuhuh
Cara untuk mengatasinya ialah :
1) nano /etc/apache2/apache2.conf
2) cari ayat " SecRequestBodyLimit "
3) tambahkan nilai (contoh sahaja : 15728640 = 15MB)
4) save file anda
5) restart apache
Siap. dah boleh cube
Kasi la info sedikit kalo ader cara lain ye...
Review Streamyx Free Firewall/Router
OK la nih aku review skit Gambaran mcm aner Brazilan



Kalo nak tgk bdk2 nih buat ushar kat sini
Streamyx Free Firewall/Router
Untuk pengetahuan semua (pada yg belum tahu dan ingin mencuba) . Banyak software free yang boleh dijadikan sebagai firewall/router/server.Kat sini aku nak kongsi skit dengan semua beberapa software yang aku pernah guna sebagai router/firewall dan ianya FREE!
Base OS : Linux
Nama : Brazil Firewall (dahulu dikenali sebagai Coyote Linux)
Alamat Page : http://www.brazilfw.com.br
Klasifikasi : Firewall/Router/Dialer bagi PPPoE/PPPoA/ISDN/Dialup
Keperluan Minima :
A. 1 CPU (AMD/Intel) 486 Processor (zaman tok kadok punye pc)
B. EDORAM/SDRAM/DDRAM sekurang kurangnya 64MB
C. 2 NIC (PCI bukan PCI-E atau ISA) (Network Card jenis RealTek atau D-Link atau 3Com) Network Card jenis yg disebutkan nih insyallah Gerenti Support Driver nye kecuali kes kes tertentu . Sebagai rule thumb, amik Network Card yang keluaran tahun 2002 atau 2004 dan kebelakang.Ini utk mengelakkan dari OS Linux ni tak support/detect
D.1 Floppy drive (yg masih berfungsi baik)
E.Keyboard
F.Monitor (Optional)
G. Motherboard yang masih berfungsi baik serta power supply.
Voila! siap ..
Benda benda yang tidak disebutkan seperti mouse,hard disk , cdrom,usb tuh semua TIDAK DIPERLUKAN SAMA SEKALI.Itu keperluan MINIMA sahaja, klu nak runkan guna P3 atau P4 pun boleh takder masalah . kalau takde PC baru, guna pakai je PC second hand.
Tujuan/Objektif :
1. Meningkatkan keupayaan serta kelajuan internet ke tahap 300%
Review Kit Ubuntu 8.10 dari Jomlinux

Dalam sampul surat tersebut ada :-
1. CD Ubuntu 8.10


Eh ader logo kjkm la…hehehehe,

Semoga dengan langkah yang dimulakan oleh beliau memberi manfaat kepada golongan yang ingin mengenal ubuntu. Dengan cd kit tersebut banyak memberi info dan membantu pengguna yang ingin mencuba ubuntu.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak jomlinux kerana berjaya menghasilkan produk ini. Dengan semangat Open Source….Tahniah kepada Jomlinux..
Sekiranya Korang mahu ubuntu dalam ini dan sambil donate kepada kjkm boleh lah klik gamabr ini kenape aku buat begini Affiliate nih telah didaftarkan atas nama kjkm, so korang boleh la berikan sumbangan kepada kjkm supaya dapat menampung pembayaran hosting kjkm..
Cara Buka Soket 755
Kali nih ader sorg jtk minta tlg ajar cara bukak sokt 755 so aku tlg dia carikan tutorial...nak bukak pc sekolah nak buat tutorial malas huhuh....
Step 1


Step 2

yg nih ade susah skit nak bukak... so berhati2 bila nak bukak
Sumber aku rujuk dari
- http://www.beginnerspc.com/articles.cfm?articleid=2231&page=7
tpi aku lagi suka baca yg nih
- http://www.intel.com/cd/channel/reseller/asmo-na/eng/216411.htm#processorinstallation
coz pihak intel dah beri penerangan yg cukup lengkap ![]()