Imsha.Net Ruang Hati Ku

18Feb/090

Cerita tali gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Filed under: Lawak Continue reading
10Feb/090

Apa Paling Cepat

Kisah Gelak Giler hari ini..............

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka.

Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.
Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama. Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yang kedua.
"Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun. Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. "Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'. "APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki keempat itu, "Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya."

Hahahah lawak btul mamat nih

thnkz tu isuhangat

Filed under: Lawak No Comments
11Oct/080

NASIHAT dari PDRM

Notis Penting!!! Sebarkan Kpd Wanita Yg Anda kenali.

Kebelakangan Ini, Sebahagian Kawasan Di Kuala Lumpur
Diresahkan oleh Kejadian Mengerikan Yang Terjadi Hampir Setiap Hari.
Diberitakan Ada Seorang Pengamal Ilmu Hitam Yang Berkeliaran
Di daerah-daerah Di Kuala Lumpur , Sebahagian Besar Selangor Dan
Juga Negeri Sembilan.

Sasarannya Adalah Wanita, Tidak Kira Muda Atau Tua Dan Tidak
Mengira Paras Rupa. Penjahat Ini Berhasrat Untuk Memperkosa
2000 Wanita Agar Dapat Menyempurnakan Ilmunya. Sampai Ke Saat Ini
Sudah Beratus-Ratus Mangsa Yang Berjaya Diperkosanya Dan
Kebanyakan Terjadi Di Rumah-Rumah Kediaman Wanita-Wanita
Tersebut.
Pihak Polis Tidak Dapat Mengesan Penjenayah Ini Kerana
Kesaktian Ilmunya. Cara Orang Ini Melakukan Kejahatannya Ialah Dengan
Menjelmakan Diri Menjadi Seekor Nyamuk Kecil, Kemudian
Menyusup Ke Kamar Wanita Yang Sedang Tidur, Menjelma Semula Menjadi
Manusia Dan Dengan Kejam Dan Ganasnya Memperkosa Mangsanya.

Amat Sukar Bagi Pihak Berkuasa Untuk Menangkap Penjenayah Ini
Kerana Setelah Selesai Memperkosa Gadis-Gadis Dia Akan
Menjelmakan Semula Dirinya Menjadi Nyamuk Dan Ghaib Dari
Tempat
Kejadian. Sudah Beratus Ahli Ilmu Kebatinan Dari Segenap Ceruk
Rantau Termasuk Dari Indonesia Telah Dibawa Untuk Membantu
Pihak
Polis Mengesan Dan Mengalahkan Penjenayah ini.

Tetapi Malang Sekali Kerana Ilmu Yang Ada Padanya Cukup Tinggi
Dan Tak Termampu Untuk Ditandingi Oleh Sesiapa Dan Hingga Ke
Saat
Ini Dia Dikatakan Masih Berkeliaran Di Sekitar Lembah Kelang
Untuk Mencari Korban Seterusnya Sehingga Berjaya Memenuhi
Tuntutan Ilmu Hitamnya Iaitu Harus Memperkosa Sehingga 2000
Orang.

Bagi Wanita Yang Sering Tidur Sendirian, Mengunci Pintu Bilik
Dan
Lain-Lain Pintu Bukanlah Suatu Tindakan Yang Bijak Kerana
Dengan
Mengunci Pintu Bilik, Orang Lain Tidak Dapat Memberikan
Pertolongan Dengan Segera. Seandainya Perkara Yang Tak
Diingini
Berlaku Keatas Diri Anda. Sekali Lagi Sampai Ke Saat Ini Belum
Ada Yang Mampu Untuk Mengalahkan Ilmu Si Siluman Nyamuk Ini
Kecuali Hanya Ada Satu Penangkal Yang Sangat
Mujarab Iaitu :

RIDSECT
Membunuh Serangga Dengan Berkesan.

Sebab aku dah terkena, terpaksa aku forward kat korang. tak
kan
marah kut?!

Filed under: Lawak No Comments